by Fadzlan (Rx10 Media)
Di kesempatan ini, saya nak mencoret sedikit peringatan untuk kita
semua. Walau ilmu saya tak seluas lautan dan iman setinggi gunung, tetapi Allah
menyuruh kita menasihati antara satu sama lain pada setiap masa.
So, saya nak ‘sharing
is caring’ sedikit nasihat yg saya jumpa kat internet tentang 10 penyakit2
hati.
1- Kita percaya tentang kewujudan Allah, tapi
kita tak laksanakan perintah Nya.
We as Muslim memang yakin bahwa Allah itu ada, Allah itu Esa. Tapi ramai
antara kita yang melakukan dosa terhadap Allah. Bila kita fikir & tanya
balik,
“Betul ke aku ni yakin yg Allah slalu melihat aku?”
“Aku ni buat amal,
ikhlas ke?”
“Aku ni tinggal ke larangan Allah?”
Layakkah kita nak duduk kat
bumi Allah ni kalau amal sikit dan dosa kita mengalir macam air?
2- Kita mengaku cinta akan Rasulullah tapi
sunnah baginda pun kita tak buat.
Setiap tahun kita sambut Maulidur Rasul, sampai ada yg berbalah dan
berkhilaf. Ada yg kata tak perlu sambut sbb nabi tak sambut. Ada jugak yg kata
spatutnya sambut sepanjang tahun sbb kena igt Rasulullah selalu. Apa guna kita
berbalah bila nak sambut maulud nabi, kalau solat rowatib tak buat, qiam tak
bangun, sunnah Nabi semuanya tak ikut. Antara sunnah nabi yg kita sering lupa
adalah
Amalan ini juga merupakan suruhan Allah kpd
setiap muslim. Suruhan ini ada dua bahagian, yg pertama ialah mengajak kpd baik
dan yg kedua ialah mencegah yg munkar. Suruhan pertama adalah sgt senang utk
kita buat. Boleh kata almost everyone has done it. Contohnya, “Jom pergi solat”
atau “Jom belajar bersama”. Tapi arahan yg kedua adalah sgt pahit utk kita
buat. Contohnya, “Jangan hisap rokok sebab haram”. Amalan ini tak lengkap kalau
hanya separuh bahagian sahaja yg kita buat. So, marilah kita sama2 berusaha utk
melakukan sunnah ini bersama-sama.
3- Kita membaca Al-quran tetapi tak
mempraktikkannya.
Seperti yg kita faham, Quran itu adalah panduan hidup utk kita di samping
sunnah Rasulullah SAW. Hampir setiap hari kita membaca Quran, tapi adakah ayat2
Allah itu hanya pd mulut kita atau tertanam dlm hidup kita? Itu pun kalau kita
membaca Quran itu setiap hari. Hakikat zaman sekarang ni, nak baca 1 muka
sehari pun dah tak boleh nak dibuat. Kalau kitab pun tak dibaca, macam mana nak
praktik suruhan Allah? Marilah kita muhasabah semula bacaan kita yg mana lebih
kerap, Quran atau Facebook, Twitter dan sewaktu dgnnya.
4- Merasai semua nikmat drpd Allah tapi tak pun bersyukur kpdNya.
Syukur itu akhlak yg sgt penting kpd kita. Syukur
tu macam berterima kasih terhadap manusia lepas mereka dah berbudi kpd kita.
Seharusnya kita berterima kasih dgn pertolongan org walaupun mereka kata “ Tak
apa” atau ”Tak payah terima kasihlah”. Niat mereka utk tolong ikhlas tolong
kita adalah akhlak mereka, berterima kasih adalah akhlak kita. Dah la mereka
tolong kita dan berakhlak mulia, kita pula tak berterima kasih. Kalau dgn
manusia kita mesti berterima kasih, inikan pula dgn Allah. Tak payah cari
jauh2, first thing we do every day when we woke up, berapa ramai antara
kita yg baca doa bgn tidur? Ha........
Kita sepatutnya berterima kasih kpd Allah krn masih mmbenarkan kita hidup
atas bumi Nya, Alhamdulillah.
5- Mengaku yg syaitan itu musuh tapi tak buat
apa2 utk melawan.
Spt yg kita semua dipupuk dari kecil lg yg musuh utama manusia itu adalah
iblis dan syaitan laknatullah. Tapi selalu kita lupa utk membuat sesuatu yg
menolong kita utk melawan hasutan2 mereka yg dtg dari setiap sudut dan dalam
segala bentuk. Jika kita telah membuat salah atau maksiat, hendaklah kita
bertaubat kpd Allah kerana Allah Maha Mengetahui yg manusia itu sering membuat
silap. Tetapi realitinya, dah la kita tahu bahawa perkara itu salah tetapi kita
masih melakukannya tambahan pulak kita tak bertaubat. Berusahalah melawan
hasutan syaitan kerana syaitan sentiasa berusaha membawa kita ke jalan maksiat.
6- Hendak masuk ke dalam syurga tapi tak
berusaha utk masuk.
7- Hendak jauh daripada neraka tapi tak
berusaha utk elak.
Kita sudah tahu sejak dari kecil lg yg matlamat kita adalah syurga dan
bukan neraka, tapi apa yg kita dah buat sepanjang hidup kita ini utk masuk ke
syurga dan elak dari neraka? Adakah amalan kita ini sudah cukup? Adakah amalan
aku ini diterima? Adakah dosa aku lebih byk drpd pahala? Kita cubalah menilai
diri kita setiap hari supaya kita tidak terpesong dari jalan Allah yg lurus.
Most of the time, manusia ini susah nak merasa bahawa berharganya syurga itu
kerana mereka dah tertarik dengan dunia dan merasa seramnya neraka itu kerana
tak terlihat di depan mata. Marilah kita beristighfar dgn byk dan berdoa
dijauhkan drpd perasaan ini.
8- Percaya bahawa semua akan mati tetapi tak
bersedia utk hadapinya.
Mati adalah sesuatu yg semua org takutkan. Kita takut kerana bila Allah
menarik nyawa kita dari dunia ni, adakah amalan kita dah cukup utk iring kita
masuk ke syurga atau dosa kita terlalu byk menarik kita ke neraka. Boleh kata
hampir semua org seronok menyambut hari lahir; menyambut panjang hidup kita di
dunia. Tapi dari sudut pandangan yg lain, hari lahir kita itu menunjukkan bahawa
ajal kita semakin hampir dan masa kita utk hidup di dunia ini dah makin berkurang.
Hendaklah kita rajin2 ziarah kenalan yg sakit atau meninggal kerana pengajaran
dari kematian itu tak semua org yg dpt dan ia adalah antara pengajaran yg
paling baik kita boleh dapat.
9- Bercerita dan mencari kesalahan org lain tapi
lupa akan kesalahan sendiri.
Kita sgtlah biasa dgn peribahasa ‘gajah di hujung sempadan nampak, kuman
di depan mata tak nampak’. Selalu antara kita, kalau kawan tersalah cakap atau
tersasul, kita terus ‘membahan’ kawan kita. Ini adalah amalan yg kurang baik
sbg org Muslim. Islam tak mengajar kita membuka aib org, walhal sebaliknya dan
jika kita menutup aib org, sesungguhnya Allah akan menutup aib kita di akhirat
nanti. Marilah kita berusaha membuang amalan yg tak baik ini dan beramal dgn
amalan yg lebih baik.
10- Kita menanam org yg mati tapi tak mengambil pengajaran darinya.
10- Kita menanam org yg mati tapi tak mengambil pengajaran darinya.
Penyakit yg terakhir ini adalah hampir sama dengan penyakit ke-8 iaitu
persediaan utk mati. Kalau kita sentiasa mengingati mati, sentiasa merasakan yg
mati itu dekat dgn kita, maka amalan lain akan follow dgn senang. Kita tidak
tahu bila ajal kita akan datang. Boleh jadi ajal kita sampai bila kita habis
membaca coretan ini atau malam ni adalah malam terakhir kita utk tidur di dunia
ini. Marilah kita sama2 muhasabah diri kita utk selamat di padang mahsyar nanti.
Sampai di sini sahaja coretan
saya yg berjela ni. Saya berharap semua akan mendpat pengajaran dari
perkongsian ini terutama diri yg menulis ini. Sama2 kita menegur rakan2 kita yg
salah dan berusaha utk beramal bersama-sama. Saya meminta maaf kalau ada salah
dan silap dlm coretan saya, ada yg terasa dan ada yg tak puas hati. Saya akhiri
tulisan saya dgn kata2 drpd Salman al-Farisi R.A.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment