Monday, February 11, 2013

reminder of the week: Interbatch


Info: In sha Allah starting from this semester onward, every tazkirah that was given in the class will be posted on this blog as a reminder for us as a human who are undeniably a forgetful creature.

For this week tazkirah, it was given by Siti Hajar on Friday at 10.15 am (as said by Hajar) entitled Interbatch. Since the tazkirah was given in Malay, thus, it is better to post it in Malay language to give a better understanding and easier to read and write:)

Bismillah~

Seperti yang kita semua tahu Interbatch is just around the corner!!! As usual di kala musim ini lah, kesihatan student2 farmasi mencapai tahap yang sangat baik atau bak kata omputeh, "excellent" memandangkan tiap-tiap petang, masing-masing akan turun bersukan tanpa mempedulikan seruan katil mahupun kepenatan lab di petang hari (satu hari je pun last week..). Tidak dinafikan melalui latihan sukan ini, ia akan membantu menguatkan stamina dan memantapkan skill-skill kita dari hanya sekadar amateur yang mampu serve bola ke tahap professional yang mampu smash ataupun dari sekadar pemain yang mampu menjaringkan gol dalam kotak penalti sendiri hinggalah ke tahap mampu menjaringkan gol melalui kotak penalti pihak lawan. Namun, adalah lebih indah besukan itu sekiranya ia dapat membantu memberatkan neraca amalan kita di akhirat dengan menjadikannya sebagai ibadah.

So, bagaimana bersukan itu menjadi ibadah??
Menurut Hajar, ada 3 tips untuk jadikan sukan tu as ibadah;

1. Niat
Rasulullah s.a.w. bersabda;
       " Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa    yang dia niatkan.."

Therefore, di ketika hati tengah membara-bara untuk bersukan, jangan lupa selitkan niat bersukan untuk mendapat keredahaan Allah di samping menyihatkan tubuh badan kerana Allah sayang hambaNya yang sihat dan kuat dan niatlah bersukan untuk mengeratkan silaturrahim sesama batch sendiri dan dengan batch2 lain. Mungkin tak perlu niat kuat-kuat macam niat puasa ramai-ramai ketika tarawikh di masjid, tapi cukuplah sekadar di hati dan jangan lupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita sepanjang bersukan:>

2. Doa
Allah s.w.t berfirman;
  " Dan berdoalah kepadaku nescaya akan Aku perkenankan permohonanmu"
                                                                                                             (al-mu'min:60)

Remember, Allah suka hambaNya meminta kepadaNya kerana menunjukkan tanda penggantungan hambaNya kepadaNya. Jadi, agar sukan kita bukanlah hanya sekadar sukan yang penuh dengan penat dan letih, maka adalah lebih superb kalau setiap kali sebelum kita bersukan, kita berdoa untuk memperoleh keberkatan. Tak perlu doa panjang-panjang pun. Kalau ikutkan belajar zaman sekolah dahulu, baca doa mohon sihat tubuh badan macam dalam ma'thurat tu pun ok.
link
Selain itu, sedang syok-syok tengah bermain, andainya bola yang ditendang tidak masuk ke gawang ataupun bulu tangkis yang dipukul tersangkut di net, janganlah kita keluarkan kata-kata yang kurang enak didengari atau dalam bahasa mudahnya mencarut agar pahala amalan bersukan kita tidak berkurang.

3. Tawakkal
Allah s.w.t berfirman;
   " Maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.." (ali-imran:159)

Setelah berpenat lelah bermandi peluh berlatih setiap petang, maka bertawakallah dan serahkan segalanya kepada Allah. Ingatlah, sesungguhnya Allah tidak lihat hasil kita samaada menang atau kalah, tapi Allah lihat kepada usaha kita. Apa jua keputusan yang bakal berlaku, maka terimalah dengan hati yang redha dan tenang.

Akhir kata, pesanan dari Hajar, sokonglah kawan-kawan kita yang akan bermain nanti walaupun anda tidak menyertai dan janganlah melemahkan semangat sahabat2 kita. Semoga berjaya Rx10!!

by Siti Hajar Borham
~where winning or losing is second to striving~ (interbatch 2013)