Sunday, April 26, 2015

sebuah percubaan menyelit di celah celah report yang menggunung dan membukit; nah!


Bismillah. 

Sepanjang penglibatan saya dalam persatuan dan kelab, yang menemukan saya dengan pelbagai jenis manusia dan ragam, ditambah pula dengan sikap saya sebagai seorang 'observer';

selalu diakhiri dengan satu kesimpulan--

Dalam satu satu organisasi/komiti, ada tiga jenis golongan.

Golongan pertama ialah golongan yang punya banyak idea, suka memberi cadangan, tetapi kurang gemar untuk melaksanakannya. Golongan kedua ialah golongan yang jarang memberi cadangan, tetapi hanya suka 'mengomen' dan 'condemn' cadangan orang lain. Mungkin boleh juga dilabel sebagai golongan yang punya critical thinking? Mungkin. Golongan ketiga ialah golongan yang senyap, seringkali tidak perasan kewujudannya dalam 'group whatsapp', dilabel sebagai 'silent reader', tetapi apabila diberi tugasan, dilakukan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Sebenarnya, kita golongan yang mana? 

***
Ketiga ketiga golongan ini adalah amat diperlukan dalam satu satu persatuan. Sebab mana mungkin datangnya idea jika tiada golongan yang pertama, mana mungkin munculnya idea idea yang lebih bernas jika tiada pandangan 'kritikal' daripada golongan yang kedua, dan paling utama juga, tidak mungkin kan terlaksana sesuatu program jika tiada golongan yang ketiga.

Makanya, selalulah kita bermuhasabah, sabar, dan belajar untuk menerima. Bahawasanya manusia ini dijadikan Allah berbeza beza-- untuk saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain. Fahami perbezaan, raikan persamaan. 

Wassalam ;)