Monday, February 9, 2015

RX10 in Sydney !!! (Part (VI)

By: the 6 sisters

By: Wardah @Fish & Chix at Westfield Eastgarden

Ibrah sepanjang musafir di Sydney

·         Positive side
Manner
Banyak perkara yg non-muslim disana buat worthwhile di highlite yang boleh kita muslim contohi. (wait, bukan sepatutnya akhlak muslim yg patut jadi contoh ke? Err #sentap). Maybe kita boleh terapkan di Malaysia Negara tercinta

1.  Diorang yang naik kenderaan sangat menghormati pedestrian. Contohnya, situasi kita di Malaysia, if nk melintas jalan, kita kena tunggu kereta kosong baru melintas kan? Tapi, dkt sane, diorang yang akan berhenti and bagi laluan pada kita utk cross the road, even bkn dkt kawasan pedestrian walk. Pernah satu hari, saya tgh tggu satu kereta ni utk lalu before cross jalan (mcm selalu buat d Malaysia), tapi dia stop, and bg signal suruh kita jalan. Then, saya  suruh kereta tu jalan tu dulu, sbb saya takdelah rushing, but the driver insisted utk beri laluan. Adegan tolak menolak tu lama la gak, sampai gaduh2 berejam (ok, over). Last2 saya melintas la jugak. Just nak kata, diorang macam utamakan orang yang jalan kaki. Sebab maybe pedestrian mcm amalkan healthy lifestyle and kurangkan pencemaran alam. Kot.
waiting for traffic light. Erk ;p



2.   They never forget to say thank you and sorry. Nampak simple, tapi dia seakan spread the positive vibe and believe me, Its contagious. Setiap kali turun naik bas, feri, we surprisingly ucapkan thank you kepada staff situ, (which sblm ni, rasa mcm jarang sikit buat dkt Malaysia). Without fail. Kadang tu, bila kita tolong orang, kita pulak yang tercakap “thank you”. 


3. Contoh kalau kita nak amek gambar, even selfie, orang yang nak lalu MOSTLY akan stop and beri laluan utk kita amek gambar. Even If ada yang tak perasan and lalu depan kitorang (rare case), they will say sorry, Saya rasa ni satu benda baru sebab dkt Malaysia (kantoi selalu amek gambar), orang akan lalu je depan kita kn..yang lagi best, kadang diorang sendiri datang dkt kitorg and offer to take photos for us. Pernah sehari tu, kami jalan sama2 dekat pantai, ada seorang aunty datang and tiba2 dia kata nak ambilkn gmbar kitorg. Kami yang masing2 terpinga sebab phone masing2 tengah low bateri, tak tahu mcmana nk refuse, tapi, kitorang layankan aje. Bagi je la fon sape2. Posing pon ala kadar sebab dh penat sangat.



4.   Bila kita mintak tolong utk orang yang ade berdekatan utk tlg amek gambar, mesti diorang akan jawab ‘sure’. Kami pon tak tahu dari mana datangnya courage tu utk mintak tolong orang amek gambar.. yang pastinya, kat malaysia saya tak terpikir pulak mintak tolong orang yang tk kenal tolong amek gambar kami. Luls
in the train :)





3-      Jujur. Mungkin tak semua, tapi ade certain fenomena yg buat saya amazed jap. Cth: dkt pasaraya, ada counter yg self-pay. Tkde cashier. Wow. And ade certain stesen keretapi yang takde polis tukang jaga@ org kaunter.tp diorang still akan beli tiket dkt machine tu. Double wow.



Lifestyle

1-      Jalan kaki, basikal, skateboard, rollerblade merupakan benda yang common sangat2 dekat sane. Setiap kaki lima dia akan melengkungkan supaya mudahkan orang yang beroda ni utk naik atas kaki lima daripada jalan raya/jalan tar. Jangan terkejut bila nampak ade basikal dalam feri, train sebab diorang mmg bawak naik skali basikal dr satu tempat ke tempat lain. Hari tu dalam university of Sydney siap ade kedai basikal utks students sbb basikal mmg biasa dikalangan diorang.



2-      Public transport diorang sangat2 reliable. Banyak, punctual and condusive. No wonder most local people there guna public transport sbg main transport seharian. Klu mcm dkt kl, orang yang selalu naik LRT pegi kerja diorang ade touch and go kan, tp dkt Sydney, diorg guna OPAL card. Most yang naik bas, ferry, train, diorang just tap OPAL card, jarang yang bayar cash. Nak katanya, most of them tk guna kereta sniri sbg transportation harian. Mungkin ni langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah jalan jem. And, mmg betul. Bandar Sydney yang merupakan ibu negeri New South Wales, tak jem. Dekat jalan petang2 orang balik kerja, mmg tak jem. Atas jalan penuh dengan bas and taxi je. Btw, taktahu kenapa kami tak pernah nampak moto atas jalanraya Sydney.




3-      Diorang jog atau pon training sports even waktu tengahari, pkl 2pm still ade orang main bola dkt padang. Err, tak tahu ni positive ke tak. Tapi..panas kott.



·         Negative side

1-      As muslim, im very sure, this must be no.1 problem utk kami duduk di Negara bukan islam. Tempat solat dan toilet. Bab toilet tu, takdelah susah mana nak cari, tapi susah utk muslim sbb toilet diorang tk de pipe air. Diorang mmg amalkan istinja’ guna tissue. Bagi diorang, basah2 ni macam kotor. So, kitorang kena sentiasa bawak botol kosong utk istinja’. And utk muslimah, double ujian sebab kena jaga aurat dgn perempuan non-muslim waktu amek wudhu’. So mmg sangat amek masa. Tapi, apart from the hurdles, kami menemui satu pengalaman baru. Solat di kaki lima and tempat bersih and open air. Orang akan tengok. , rasa mcm alim pun ade. Hiks. Tapi waktu ni, teruji la jugak rasa ke’izzah-an kita dgn keislaman kita. mungkin timbul rasa malu, yang smpai nk cari tempat solat paling terceruk dalam dunia #facepalm



2-      Diorang tutup kedai awal. Pkl 8pm, dh mula tutup kedai. Kita yang dah biasa dengan operating hrs dkt Malaysia, rasa terjejas la sikit. (tapi mungkin Allah nak selamatkan duit kami. Ecehh)





3-      Utk perempuan, sangat tak boleh jalan sorang waktu malam, senang kata tak payah keluar kalau takde keperluan, sbb pub and pesta mmg benda biasa, arak memang dah jadi minuman ruji diorang. So, orang mabuk malam2 kira biasa la dekat sana. Hari tu saya terkejut and terjerit halus (ke?) sbb ternampak orang mabuk nak naik bas. And local ppl dlm bas tu, instead of tgk org mabuk tu, depa usha pelik dkt saya. Sbb terkejut. Terkejut dengan orang mabuk, which is common thing. Bagi diorang.



4-      Air mineral mahal berbanding air susu or air lain2. huhu



5-      Makanan halal?? Makanan sedap banyak la..hmmm. Memang gigit jari je tengok diorang makan sedap2. Gulp





Dekat sini, bukanlah maksud saya nak membeza- bezakan Malaysia and Sydney, apatah lagi lupa daratan. Tapi, why not, kita ambil ape yang positive dkt Negara orang, and try to implement dkt Negara sediri, sama-sama majukan Negara kita Malaysia ;). Afterall, hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Walaupn Nampak mcm Negara sana best, still Negara sndiri tetap dihati. Tapi, jangan bersyukur dengan hujan batu, batu takde nilai sangat, ape kate kita amek emas di Negara orang, bawak balik ke Negara kita. much better, kan?

Nash @Gallipoli Mosque
Tak lupa juga rakan seperjalanan kami; the 4 brothers:---
Haziq @Katoomba


Anam @Featherdale

Rajaie @Cockatoo Island



  p/s: haritu beriya2 nak pg Sydney.  tak smpai seminggu, dah rindu asam pedas dekat rumah.sobss

No comments:

Post a Comment