Monday, February 9, 2015

RX10 in Sydney !!! (Part II)

By: the 6 sisters

By: Nur Syazwani @Royal Botanical Garden

Day 2: Royal North Shore Hospital & Ministry of Health of New South Wales



ROYAL NORTH SHORE HOSPITAL (RNSH)

Pada hari kedua , kami dijadualkan untuk melawat RNSH yang terletak di New South Wales (NSW). Keluar sahaja dari Malaysian Hall, sebuah bas menanti. Pernah tengok bas dalam cerita Sesame Street? Haa..macam inilah rupa bas tu Cuma warnanya putih krim, bukan kuning. Kami bergerak menuju ke RNSH. Jauh jugak lah dari Malaysia Hall, sampai tertidur dalam bas. About 30-45 minit dalam bas, maka tibalah kami ke RNSH. Saya boleh kata hospital ini seperti Prince court Hospital atau Assunta Hospital. Kenapa Assunta? Sebab actually RNSH hospital dah lama ditubuhkan, sekitar 1900-an tetapi bangunan dia re-constructed balik menajdi bangunan yang moden sekali.

                Kedatangan kami disambut oleh Mr Rusell Levy, Deputy Director - Pharmacy Clinical Service and QUM di sini dan Miss Zarina, Public Relation Officer of MOH. Kami dibawa ke ICU Waiting Room. Nama je ICU, but dia macam Discussion room je. Hehe. Sebenarnya, RNSH ialah sebuah hospital kerajaan tetapi asalnya hospital ini dibina oleh non-government parties. Sama macam Malaysia, apabila patient datang, mereka tidak perlu membayar apa2 caj melainkan untuk certain drug sahaja. Seperti yang kita belajar dalam Pharmacoeconomic, kebanyakan orang di sini sudah dilindungi insurans seperti private insurance, and etc. So mereka tidak ada masalah tentang pembayaran di sini.
With Mr Russel, Miss Hediyeh and Miss Zarina
On the helipad of RNSH; in certain emergency cases, patient was rushed by helicopter rather than normal ambulance.

                RNSH mempunyai 40 pharmacist yang bekerja di specific area seperti clinical pharmacists, TDM, CDR, Emergency department, Outpatient, ICU dan IT. Pelik tak pharmacist bekerja dalam IT area? Hehe. Sebenarnya yang bekerja untuk IT ini seorang sahaja. Jobscope dia ialah develop system yang secanggih dan se-efficient mungkin untuk melancarkan segala urusan berkaitan dengan pharmacist. Kami juga diterangkan tentang Home Medication Review dan prescription. HMR di sini biasanya untuk selected patient only with consent dan dilaksanakan oleh doctor, pharmacist atau nurse tetapi kebanyakannya dilakukan oleh nurse dan pharmacist.

                Kemudian, the pharmacist in charge bawa kami untuk hospital tour di RNSH. Mengikut beliau, main discipline dalam hospital ini ialah orthopaedic dan nervous system. Kami dibawa ke drug store, CDR, TDM, wad yang berasingan lelaki dan perempuan, rehabilitation center dan rooftop di mana helicopter yang membawa pesakit nerve terutamanya akan mendarat di sini. Kami juga diberitahu bahawa terdapat specialist pharmacist di sini seperti oncology, HIV, dan sebagainya. Benda paling menarik semasa hospital tour ialah Automated Guided Vehicles (AGVs),  pengganti troli untuk penghantaran pelbagai barangan dan makanan di seluruh Acute Services Buildings di RNSH. robotic humanless vehicles ini merupakan inovasi teknologi yang penting dalam memastikan penghantaran yang senyap, efisien dan selamat serta mengurangkan cross-contamination dengan penghantaran manual oleh staf.
AGV with food tank was delivered to the respective ward set automatically.

AGV will send signal detected in the system if there is footstep on it




MINISTRY OF HEALTH, NSW.

                Miss Zarina membawa kami ke MOH di New South Wales. Kami di sini disambut oleh 2 pegawai MOH, Mr Paul Smith and Mr Martin Power. Mereka membentangkan kepada kami serba sedikit tentang MOH dan pharmacist. Di sini, mereka sudah mengamalkan dispensing separation di mana most of the fresh graduates dan pharmacists akan bekerja di community berbanding hospital. Mereka follow Pharmaceutical Benefit Scheme di bawah Commonwealth Regulation. PBS ini kita boleh kira sebagai guideline untuk penetapan harga2 ubat. Kiranya harga2 ubat di sini terkawal lah. Pihak yang boleh beri prescription ialah GP, dentist, veterinary doctor, midwife dan nurse. Hanya midwife dan nurse tertentu sahaja yang boleh beri prescription dan hanya certain ubat sahaja yang boleh mereka prescribe.

                Tentang rules and regulation, mereka juga ada class of poison, korang boleh buka website MOH of Australia untuk tahu lebih lanjut tentang drug class ini. Tetapi basically, rules and regulation mereka ada mengikut negeri masing2. Lain negeri, lain regulation. Let say kalau fresh graduate atau registered pharmacist under negeri New South Wales tetapi nak berkhidmat di Tasmania, mereka mesti menjalani test khas (macam Forensic exam kita) dahulu. Di sini, fresh graduates dikehendaki menjalani praktikal selama 3 tahun sebelum bergelar registered pharmacists (macam PRP). Oh ye, di sini, tidak ada specific regulation tentang advertisement, so iklan ubat-ubatan kurang terkawal di sini.

the 6 sisters at MOH of NSW




No comments:

Post a Comment