Saturday, February 15, 2014

ITU atau INI; Harapnya Kita tetap Satu!

 by Fatin Akmal (Assistant Batch Leader


bismillah


(i) Ohana

                                                                                                                                              Source: Tumblr


Situasinya begini;

Kau sebagai bapa/ibu, yang punya dua orang anak.

Suatu petang, anak sulung kau menyatakan keinginnya untuk makan makanan Barat.
Tetapi dalam waktu yang sama, anak kedua kau pula teringin untuk makan makanan Thailand. 

Namun kau hanya mampu untuk satu; samada makanan Barat, atau makanan Thailand.

Jadi, dengan 'parenting skill' yang kau ada--
Yang kau kata kau pernah belajar dalam kelas skill masa di UIAM dulu dulu kala,
apa keputusan yang akan kau ambil?

a) Pujuk anak sulung, supaya setuju makan makanan Thailand?

b) Pujuk anak kedua, supaya setuju makan makanan Barat?

c) Atau pilih jalan tengah, dengan makan di restoran Arab?



Fikir.



(ii) Manusia yang memanusiakan


Pada saya, 'kecocokan' (compatibility) seseorang dengan seseorang yang lain, bukan pada tinggi rendah ilmu, atau duduk letak status dan kedudukannya.


Sebab ada sahaja yang 'biasa-biasa' sahaja ilmu dan pengetahuannya tentang sesuatu, tetapi dia mampu membuat hati saya terasa begitu rendah dan kerdil. Ada sahaja yang cukup tinggi ilmunya, namun dia tidak pernah membuat saya teras kekok, malah, saya mampu berkongsi apa sahaja yang difikirkan; idea, pengalaman, pendapat, impian, atau apa-apa sahaja.


Atau paling tepatnya, orang yang membuatkan saya terasa "ya", cukup dengan hanya menjadi dirinya sendiri;




"is this person really good for 'my growth' as an individual? For my mental, physical, emotional, and spiritual health and security?"



Namun, sesiapa sahaja yang kita temukan, istimewanya tetap, masih ada. Saya sangat suka dengan kata-kata Kahlil Gibran yang satu ini;




"I have learned silence from the talkative, toleration from the intolerant, and kindness from the unkind; yet strange, i am ungrateful to these teachers"



hmmm?




(iii) "Only a true act of love can thaw a frozen heart"-Frozen


Boleh atau tidak, 

antara kita, 

walau ada dua jasad yang berbeza, 

namun punya satu hati yang sama? 



:)


1115.

No comments:

Post a Comment