by Syafiq Che Abdullah (Rx10 Media)
Assalamualaikum, semua.
Kat sini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan USB tiruan yang semakin dijual
berleluasa di pasar-pasar malam mahupun di internet.
Saya tertarik untuk
berkongsi tentang isu ini disebabkan pada minggu lepas saya terjumpa ada
individu-individu yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai
‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam IM 2.
|
Murah2... Mari2 beli sini... |
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara
meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original.
Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut
betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh
menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada
komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada
pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh
lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan
Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah
yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar
daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai
kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan
memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan
ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan
tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di
dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan
data secara besar-besaran.
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang
dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam (hack), storan
ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan
bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada
komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real
memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya
menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut
sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan
Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis
storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan
USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada
harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga
60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula
berhati-berhati.
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi
kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang
lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja.
Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal
kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB
pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan
mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan
tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak
buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak
sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama.
Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging
storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original
dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan
tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan
tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri
akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian.
Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan
sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah
kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan
sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste
file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan
tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah
‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang
dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak
terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya
dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal
pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati
gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan
jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang
mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara
tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write
protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom
yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah
storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan
ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk
meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada
storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila
lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang
dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam
komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau
salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file
yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan
tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan
menggunakan perisian “h2testw” yang membolehkan anda melihat jumlah storan
sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil
masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data
yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing
speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa
kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana
ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk
pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji
kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang
banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai
storan palsu di dalamnya.
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan
sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan
satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Kesimpulan
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda
masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil.
Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan
sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan
masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda
akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada
peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya
RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini
kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang
lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan
32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Sekian dari sahaja dari saya, semoga bermanfaat!
p/s: Download link utk h2testw:
http://www.heise.de/download/h2testw.html
Dipetik dan diubahsuai daripada:
Arib Ismail (Amanz.my)