Monday, February 9, 2015

RX10 in Sydney !!! (Part II)

By: the 6 sisters

By: Nur Syazwani @Royal Botanical Garden

Day 2: Royal North Shore Hospital & Ministry of Health of New South Wales



ROYAL NORTH SHORE HOSPITAL (RNSH)

Pada hari kedua , kami dijadualkan untuk melawat RNSH yang terletak di New South Wales (NSW). Keluar sahaja dari Malaysian Hall, sebuah bas menanti. Pernah tengok bas dalam cerita Sesame Street? Haa..macam inilah rupa bas tu Cuma warnanya putih krim, bukan kuning. Kami bergerak menuju ke RNSH. Jauh jugak lah dari Malaysia Hall, sampai tertidur dalam bas. About 30-45 minit dalam bas, maka tibalah kami ke RNSH. Saya boleh kata hospital ini seperti Prince court Hospital atau Assunta Hospital. Kenapa Assunta? Sebab actually RNSH hospital dah lama ditubuhkan, sekitar 1900-an tetapi bangunan dia re-constructed balik menajdi bangunan yang moden sekali.

                Kedatangan kami disambut oleh Mr Rusell Levy, Deputy Director - Pharmacy Clinical Service and QUM di sini dan Miss Zarina, Public Relation Officer of MOH. Kami dibawa ke ICU Waiting Room. Nama je ICU, but dia macam Discussion room je. Hehe. Sebenarnya, RNSH ialah sebuah hospital kerajaan tetapi asalnya hospital ini dibina oleh non-government parties. Sama macam Malaysia, apabila patient datang, mereka tidak perlu membayar apa2 caj melainkan untuk certain drug sahaja. Seperti yang kita belajar dalam Pharmacoeconomic, kebanyakan orang di sini sudah dilindungi insurans seperti private insurance, and etc. So mereka tidak ada masalah tentang pembayaran di sini.
With Mr Russel, Miss Hediyeh and Miss Zarina
On the helipad of RNSH; in certain emergency cases, patient was rushed by helicopter rather than normal ambulance.

                RNSH mempunyai 40 pharmacist yang bekerja di specific area seperti clinical pharmacists, TDM, CDR, Emergency department, Outpatient, ICU dan IT. Pelik tak pharmacist bekerja dalam IT area? Hehe. Sebenarnya yang bekerja untuk IT ini seorang sahaja. Jobscope dia ialah develop system yang secanggih dan se-efficient mungkin untuk melancarkan segala urusan berkaitan dengan pharmacist. Kami juga diterangkan tentang Home Medication Review dan prescription. HMR di sini biasanya untuk selected patient only with consent dan dilaksanakan oleh doctor, pharmacist atau nurse tetapi kebanyakannya dilakukan oleh nurse dan pharmacist.

                Kemudian, the pharmacist in charge bawa kami untuk hospital tour di RNSH. Mengikut beliau, main discipline dalam hospital ini ialah orthopaedic dan nervous system. Kami dibawa ke drug store, CDR, TDM, wad yang berasingan lelaki dan perempuan, rehabilitation center dan rooftop di mana helicopter yang membawa pesakit nerve terutamanya akan mendarat di sini. Kami juga diberitahu bahawa terdapat specialist pharmacist di sini seperti oncology, HIV, dan sebagainya. Benda paling menarik semasa hospital tour ialah Automated Guided Vehicles (AGVs),  pengganti troli untuk penghantaran pelbagai barangan dan makanan di seluruh Acute Services Buildings di RNSH. robotic humanless vehicles ini merupakan inovasi teknologi yang penting dalam memastikan penghantaran yang senyap, efisien dan selamat serta mengurangkan cross-contamination dengan penghantaran manual oleh staf.
AGV with food tank was delivered to the respective ward set automatically.

AGV will send signal detected in the system if there is footstep on it




MINISTRY OF HEALTH, NSW.

                Miss Zarina membawa kami ke MOH di New South Wales. Kami di sini disambut oleh 2 pegawai MOH, Mr Paul Smith and Mr Martin Power. Mereka membentangkan kepada kami serba sedikit tentang MOH dan pharmacist. Di sini, mereka sudah mengamalkan dispensing separation di mana most of the fresh graduates dan pharmacists akan bekerja di community berbanding hospital. Mereka follow Pharmaceutical Benefit Scheme di bawah Commonwealth Regulation. PBS ini kita boleh kira sebagai guideline untuk penetapan harga2 ubat. Kiranya harga2 ubat di sini terkawal lah. Pihak yang boleh beri prescription ialah GP, dentist, veterinary doctor, midwife dan nurse. Hanya midwife dan nurse tertentu sahaja yang boleh beri prescription dan hanya certain ubat sahaja yang boleh mereka prescribe.

                Tentang rules and regulation, mereka juga ada class of poison, korang boleh buka website MOH of Australia untuk tahu lebih lanjut tentang drug class ini. Tetapi basically, rules and regulation mereka ada mengikut negeri masing2. Lain negeri, lain regulation. Let say kalau fresh graduate atau registered pharmacist under negeri New South Wales tetapi nak berkhidmat di Tasmania, mereka mesti menjalani test khas (macam Forensic exam kita) dahulu. Di sini, fresh graduates dikehendaki menjalani praktikal selama 3 tahun sebelum bergelar registered pharmacists (macam PRP). Oh ye, di sini, tidak ada specific regulation tentang advertisement, so iklan ubat-ubatan kurang terkawal di sini.

the 6 sisters at MOH of NSW




Sunday, February 8, 2015

RX10 in Sydney !!! (Part I)

By: the 6 sisters

Accompanied Lecturers: Dr Wan Azizi & Bro Badri
Assalamualaikum semua. 

Selamat menjengah ke semester terakhir kita semua (Insha Allah) setelah bertungkus lumus menelaah pengajian farmasi penuh mencabar sepanjang di bumi Kuantan terchenta ni,, Scroll2 di laman sosial masa cuti yang lepas, ramai yang bercuti ke sana sini.. Walaweh RxTen.. 


"Travel  makes one modest.
See what a tiny you yourself occupying in this world"

tak lupa juga ucapan Selamat Pengantin Baru buat 2 cik ---> puan baru Aisyah Ali n Kirin...

Alhamdulillah.. untuk post kali ni, 10 orang wakil rx10 berkesempatan untuk berkongsi warna-warni pengalaman dan pembelajaran selama 7-hari lawatan sambil belajar di Sydney, Australia anjuran PR Ipha 13/14.. Congrats PR! Post kali ni memang sangat sangaat sangaaaat panjang, harapnya kengkawan tak jemu laa membacanya yaaa. ^.^


By: Nur Ainnaja
 @Sydney Eye Tower


Day 1: The University of Sydney

 

Selepas menghadapi penerbangan lebih 8jam, kami tiba di Sydney International Airport dalam 2 trip penerbangan yang berbeza. Untuk pengetahuan semua, sistem kastam dan imigresen di Australia agak tegas terhadap barang2 yang dibawa masuk ke negara mereka. Antara barangan yang dilarang termasuklah makanan berasaskan tenusu, bahan mentah, etc dan perlu di declare jika dibawa utk siasatan selanjutnya.  Selain biosecurity officer, inspection by x-ray atau anjing pengesan juga dijalankan ke atas seluruh barangan yang kita bawa. 
Declaration form yang perlu diisi oleh penumpang yang mendarat di Australia.
Selesai urusan pembelian kad MyMulti 3 card (transportation aid yg sgt berguna kat kami sepanjang kat sana) & $2/day 500mb internet access, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami di Sydney Malaysian Hall. Jom. Teruskan bersiap untuk ke universiti tertua di Australia dan  37th place in QS world university ranking 2013; The University of Sydney.

Dalam durasi lawatan yang singkat, kehadiran kami diraikan dengan pendedahan berkaitan Master of Pharmacy in Faculty of Pharmacy di Uni of Sydney. Basically, Program master di sini merupakan 2-year coursework study with comprehensive full time study load. Clinical placements sebanyak dua kali memberi peluang sama ada community, hospital, rural or industrial setting boleh dilakukan sewaktu musim panas. Rural placement amatlah digalakkan and funded by Australian Government Dept of Health and Ageing. 
Master of Pharmacy Course outline:-

To become a registered pharmacist in Australia, graduan of Bachelor of Pharmacy perlu melengkapkan 1824 jam of supervised practical training as well as registration exam with Pharmacy Board of Australia.

Selepas itu, kami juga berpeluang untuk membuat extramporaneous preparation calamine lotion, salah satu skill yang agak penting apabila PRP nanti dan kemudian dibawa melawat ke seluruh fakulti farmasi seterusnya ke sekitar seluruh fakulti ala-ala Hogwarts dalam Harry Potter.


At dispensing laboratory
Sebahagian Rx10-Rx12 di hadapan salah sebuah fakulti di The University of Sydney
Sila FOKUS kat Water Refill Station yang tersedia di laluan sekitar universiti
For more information visit:


Saturday, January 3, 2015