Tuesday, November 13, 2012

Ayat Al-Quran Mingguan 4

Surah Al-Isra' (Ayat 23-24)

Beberapa Tata Cara Pergaulan

17:23


“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."








17:24

"Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”



Saturday, November 10, 2012

RX10 Jalan-jalan di KL sama2 yay ! :D - NUCLEAR PHARMACY VISIT



     Looking at the above title, our days in KL were not a kind of leisure jalan-jalan actually. Saja nak tulis macam tu sebab nak bagi 'kick' sikit kat post ni. hehe. Well, it's more like an official study visit, a Nuclear Pharmacy Visit to Hospital Kuala Lumpur and Hospital Putrajaya, joined by all RX10 members who are taking Nuclear Pharmacy subject this semester. 

     The visit was held on 29th October 2012, and we were divided into two groups in which, those who were in group one were going to Hospital Kuala Lumpur whereas those in group two were going to Hospital Putrajaya. The aim of this hospital visit is actually to introduce us to the radiopharmaceuticals preparation centres, and on how they work.

Okay, taknak cerita panjang lebar sangat :D so here are some of the views captured during the visit... ^^

Members of Group 1 at Hospital Kuala Lumpur
Muaz has always been and will always be looking cool and steady :D 
Boys of the flock to HKL
The amazing CYCLOTRON !
All those Radiopharmaceuticals Preparation Instrumentions available in the hospitals
Members of Group 2 at Hospital Putrajaya 
PET-CT SCAN available in HPJ

I cant find any photos of Group 2 brothers. Gambar kami  sisters je banyak. sorryyy :D

So i think that is all for this time. Congratulations to all RX10 members, for such a successful visit there. May it be of many benefits to all of us ^^ !

TILL WE MEET AGAIN, STAY COOL RX10 ! :D


Mentor Mentee Day: Cooking Competition

Red "as hot as Chilli"
Yellow "as sweet as Corn"
Violet "as blue as Berry"




GOOD LUCK EVERYONE!!! :)

Monday, October 29, 2012

[Nuclear Pharmacy] Visit

Assalamualaikum :)

Hari pertama selepas seminggu bercuti. So, hows your raya? ^^,

Hari ini, 29 Oktober 2012, sebahagian daripada sahabat sahabat #RX10 mengadakan lawatan ke Pusat Nuclear di dua buah hospital, iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya. Semoga mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju dan selamat pula kembali ke Kuantan. InsyaAllah.

Mari kita nantikan update daripada mereka! :)

Wednesday, October 24, 2012

mid-semester roundup

Bismillah....

AMARAN...Sebelum anda membaca post ini perlu diingatkan sekiranya mata anda dalam kondisi seakan-akan penghidap mystinia gravis atau anda sedang menggoreng ikan di dapur, harapnya selesaikanlah tugasan anda kerana post ni agak panjang. Tapi itupun sekiranya anda ingin menamatkan post ini...selamat membaca:)

Sedar tak sedar rupanya dah 7 minggu kita semua menjadi pelajar 2nd year. Pejam celik-pejam celik rupanya dah 7 minggu kita berpindah kelas dari kerusi auditorium yang selesa ibarat tilam air ke kerusi lecture hall yang 'lebih' selesa ibarat tilam baru mahallah tabari (ops..maaf mahallah ofis). Tidur bangun-tidur bangun tanpa disedari rupanya dah 7 minggu kita menahan ngantuk datang lecture setiap pagi yang kebanyakannya bermula seawal jam 8 pagi dan menahan lapar setiap kali lunch kerana menunggu tamatnya lecture. Whatever it is, bersyukurlah yang kita masih diberi peluang untuk hidup dengan dua nikmat terbesar dariNya iaitu iman dan islam. Meskipun kerusi di kelas kurang selesa, namun mungkin dengan kekerasan kerusi itu dapat menghalang kita semua dari serangan berbisa hormon melantonin pada setiap pagi (mungkin tidak bagi sesetengah orang). Mungkin dengan kelas yang awal setiap hari dapat mendidik kita untuk kurang tidur lepas subuh dan lambatnya tamat lecture mendidik jiwa dengan sifat sabar. Sebagai konklusi, lihatlah kehidupan dari pelbagai sudut agar kita sentiasa positif apabila sesuatu perkara berlaku luar dari kebiasaan kita. Boleh jadi apa yang terjadi hari ini berguna suatu hari nanti walaupun kita tak nampak kebaikannya pada masa sekarang. Bayangkan setiap perkara yang berlaku ibarat setiap titik yang berlaku dalam hidup kita dan berdasarkan kata-kata ayahanda Iphone, "you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future" (tu diaaa...kalau tak faham, pura-pura faham je ^.^)

Sebelum melencong jauh dari topik, ingin sekali saya berkongsi segala perkara-perkara penting dalam hidup pelajar farmasi generasi 10 yang terjadi sepanjang 7 minggu kita berada di IIUM tercinta. Let the story begin...

1. Departure of our beloved friend..Chut Kartika

Chut Kartika, anak mami dari Kepala Batas, pemilik kereta perdana berwarna hitam dan semestinya salah satu member Rx10 telah berpindah ke Allianze University of College Medical atau bahasa mudahnya dipanggil AUCM (bahasa mudah penulis sebenarnya) Beliau pernah merangkul anugerah fashionista Rx10 dan pelajar paling popular (sister) dalam anugerah Rx10 (suka hati aku je bagi nama) di Annual Grand Dinner Rx10 yang lepas. Beliau telah berpindah beberapa minggu yang lalu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di AUCM di Pulau Pinang. Kami mendoakan agar Chut will be a great doctor in the future and take a good care of yourself. Our pray is always with you Chut. Prove that pharmacist and doctors are family and not a natural enemies:)



2. Pelantikan SRC terbaru dari Kuliyyah Farmasi

SRC? Apakah? Kalau cakap SRC dekat mak ayah mesti mak cakap "binatang apo la tu..??" Tapi kalau cakap MPP mesti mak cakap " abu (bukan nama sebenar) tak masuk bertanding ke?". Senang cerita SRC dan MPP adalah dua kewujudan yang sama cuma MPP adalah bahasa kebangsaan manakala SRC adalah translation ke bahasa orang putih. Election untuk SRC IIUM telah berlangsung pada 25 September 2012 bertempat di KOM. Namun atas sebab perkara yang tertentu, pengundian telah dibuat semula pada 2 Oktober di Grand Hall, OCD. Empat calon telah bertanding dari kuliyyah farmasi dimana 2 calon dari Rx10 iaitu Syeera (nama manja) dan Zulhilmi (bukan nama manja) manakala 2 calon lagi dari Rx9 iaitu k Atiqah Hasman Yusri dan k. Farah Atiqah. Semua calon hangat berkempen dengan ucapan pembentangan manifesto masing-masing dan pemberian cenderahati kepada pelajar-pelajar. Poster-poster setiap calon dengan gaya masing-masing juga ditampal di setiap ruang sudut kuliyyah dan Mahallah. Dipendekkan cerita akhirnya Zulhilmi dan K Farah Atiqah telah memenangi SRC election untuk kuliyyah Farmasi. Maka dengan rasminya wjudlah seorang YB dari Rx10 iaitu saudara Zulhilmi dengan moto beliau "work with me, not for me". Tahniah!



3. Program faci bersama adik-adik


Secara jujurnya ini bukanlah program batch, tapi memandangakan semua faci adalah di kalangan pelajar Rx10, maka secara tidak rasminya jadilah ia seakan-akan program Rx10. Ringkasnya program ini dianjurkan oleh biro edu IPHA diketuai oleh saudara Acap Nor (bukan nama dalam ic) dan dibantu dengan team faci dari RX10. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dari Sek. Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah. Nak detail lagi maka beralihlah ke post ini.

4. Picnic to Sg. Panching

credit to safiga for the pic
Sebagai maklumat awal, program ini hanyalah melibatkan sister sahaja di atas sebab menuntut kekecewaan kami tidak dijemput bercuti ke Pulau Perhentian  sebab-sebab yang tertentu . Siapa kata Kuantan tak banyak tempat menarik (rasanya xde siapa yang cakap pun..)? Untuk membuang stress belajar dan kelas 24 jam, kami tidak mengambil SSRI sebagai antidepressant untuk mengelakkan adverse side effects. Tetapi kami, sister Rx10, mengambil pendekatan semulajadi dengan menikmati pemandangan di Sg Panching pada 13 Oktober 2012. Perancang utama program iaitu saudari Dafnie (bukan ejaan sebenar) dengan semangat yg membara mengajak kami para-para zombi bakal farmasi wanita untuk menikmati udara segar di Sg. Panching dan siap membekalkan roti canai Pak Lah sebagai salah satu tarikan. Memang tak dinafikan the scenery is flawless and priceless..Subhanallah. 

Ini sahaja event2 yang dapat dikongsikan yang di dalam kotak fikiran penulis kali ini. Memandangkan panjang post ini mengalahkan panjang long essay kuiz pharm Anal penulis baru-baru ini, maka ingin sekali saya menutup post ini dengan berkongsi upcoming events yang melibatkan Rx10 yang di dalam bidang pengetahuan penulis sahaja..

1. Nuclear visit next monday
2. IPHA race..next week












3. Mentor mentee program
4. The most interesting event..kuiz2 dan final exam:) 

Semoga dengan event2 yang menjelang dapat lagi mengeratkan ukhuwwah kita semua sesama batch, dengan batch2 lain dan dengan kuliyyah lain. Btw selamat meneruskan cuti n Happy upcoming Eid Adha dear friends.wassalam...:)

~ together we rock the world..~

Sunday, October 14, 2012

Taqwa

Wahai umat ISLAM

Takwakah Kita kepada Allah??

Berimankah Kita Kepada Al-Quran dan Sunnah

Cuba kita renungkan 

Bagaimana ketakwaan para Sahabat?

Bagaimana ketakwaan ini membantu dalam DAKWAH?

Bagaimana ketakwaan ini membantu mereka dalam setiap PEPERANGAN?

Perang BADAR.. Perang KHONDAK,,, Perang UHUD...

PEPERANGAN yang dibantu oleh Allah SWT

Bagaimana hidup kita di DUNIA yang fana ini??

Adakah wujud KETAKWAAN dalam diri kita??

Adakah wujud IHSAN dalam ibadah yang kita laksanakan??

Semoga post kali ini dapat memberi peringatan kepada kita...

Umat ISLAM akhir zaman

Supaya mengukuhkan IMAN dan AMAL kita...

Ameen...

Tuesday, October 9, 2012

Weekly Al-Quran verse 3


Salam.. Hari ni kita tadabur surah An-Nas... Semoga dapat pencerahan... Dan selamat menjalani Quiz... Ingat knowledge oriented jgn exam oriented.. Pastikan apa yg kita study tu x hilang lepas jawab quiz..

SURAH AN-NAS -(1-6)






Maksudnya :
1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia
2. Yang menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia
4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia
6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia

Friday, October 5, 2012

Weekly Al-Quran Verse 2

Surah Al-Zalzalah

Ayat 7 dan 8


Maksudnya : 7. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.  8. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dua akan melihat (balasan)nya


Ayat ini dikatakan amat ditakuti oleh Saidina Umar.. Sources oleh member ana....




Thursday, October 4, 2012

a day with the KIDS :D - Motivational Programme SEMSAS 2012

A motivational programme for the students of Sekolah Menengah Sains Haji Ahmad Shah, Pahang was held during the last weekend, on the 29th September 2012 at Kulliyyah of Pharmacy, IIUM Kuantan. This event has been a great success, under the conduct of few RX10 members, voluntarily.

The objective of the event, in which to expose the students about the life in higher level of educational institutions  is achieved successfully. It was a great day indeed, and here are some of the moments captured during the programme ^^



































MAY THIS UKHUWAH STAYS FOREVER :)