Bismillah....
AMARAN...Sebelum anda membaca post ini perlu diingatkan sekiranya mata anda dalam kondisi seakan-akan penghidap mystinia gravis atau anda sedang menggoreng ikan di dapur, harapnya selesaikanlah tugasan anda kerana post ni agak panjang. Tapi itupun sekiranya anda ingin menamatkan post ini...selamat membaca:)
Sedar tak sedar rupanya dah 7 minggu kita semua menjadi pelajar 2nd year. Pejam celik-pejam celik rupanya dah 7 minggu kita berpindah kelas dari kerusi auditorium yang selesa ibarat tilam air ke kerusi lecture hall yang 'lebih' selesa ibarat tilam baru mahallah tabari (ops..maaf mahallah ofis). Tidur bangun-tidur bangun tanpa disedari rupanya dah 7 minggu kita menahan ngantuk datang lecture setiap pagi yang kebanyakannya bermula seawal jam 8 pagi dan menahan lapar setiap kali lunch kerana menunggu tamatnya lecture. Whatever it is, bersyukurlah yang kita masih diberi peluang untuk hidup dengan dua nikmat terbesar dariNya iaitu iman dan islam. Meskipun kerusi di kelas kurang selesa, namun mungkin dengan kekerasan kerusi itu dapat menghalang kita semua dari serangan berbisa hormon melantonin pada setiap pagi (mungkin tidak bagi sesetengah orang). Mungkin dengan kelas yang awal setiap hari dapat mendidik kita untuk kurang tidur lepas subuh dan lambatnya tamat lecture mendidik jiwa dengan sifat sabar. Sebagai konklusi, lihatlah kehidupan dari pelbagai sudut agar kita sentiasa positif apabila sesuatu perkara berlaku luar dari kebiasaan kita. Boleh jadi apa yang terjadi hari ini berguna suatu hari nanti walaupun kita tak nampak kebaikannya pada masa sekarang. Bayangkan setiap perkara yang berlaku ibarat setiap titik yang berlaku dalam hidup kita dan berdasarkan kata-kata ayahanda Iphone, "you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future" (tu diaaa...kalau tak faham, pura-pura faham je ^.^)
Sebelum melencong jauh dari topik, ingin sekali saya berkongsi segala perkara-perkara penting dalam hidup pelajar farmasi generasi 10 yang terjadi sepanjang 7 minggu kita berada di IIUM tercinta. Let the story begin...
1. Departure of our beloved friend..Chut Kartika
Chut Kartika, anak mami dari Kepala Batas, pemilik kereta perdana berwarna hitam dan semestinya salah satu member Rx10 telah berpindah ke Allianze University of College Medical atau bahasa mudahnya dipanggil AUCM (bahasa mudah penulis sebenarnya) Beliau pernah merangkul anugerah fashionista Rx10 dan pelajar paling popular (sister) dalam anugerah Rx10 (suka hati aku je bagi nama) di Annual Grand Dinner Rx10 yang lepas. Beliau telah berpindah beberapa minggu yang lalu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di AUCM di Pulau Pinang. Kami mendoakan agar Chut will be a great doctor in the future and take a good care of yourself. Our pray is always with you Chut. Prove that pharmacist and doctors are family and not a natural enemies:)
2. Pelantikan SRC terbaru dari Kuliyyah Farmasi
SRC? Apakah? Kalau cakap SRC dekat mak ayah mesti mak cakap "binatang apo la tu..??" Tapi kalau cakap MPP mesti mak cakap " abu (bukan nama sebenar) tak masuk bertanding ke?". Senang cerita SRC dan MPP adalah dua kewujudan yang sama cuma MPP adalah bahasa kebangsaan manakala SRC adalah translation ke bahasa orang putih. Election untuk SRC IIUM telah berlangsung pada 25 September 2012 bertempat di KOM. Namun atas sebab perkara yang tertentu, pengundian telah dibuat semula pada 2 Oktober di Grand Hall, OCD. Empat calon telah bertanding dari kuliyyah farmasi dimana 2 calon dari Rx10 iaitu Syeera (nama manja) dan Zulhilmi (bukan nama manja) manakala 2 calon lagi dari Rx9 iaitu k Atiqah Hasman Yusri dan k. Farah Atiqah. Semua calon hangat berkempen dengan ucapan pembentangan manifesto masing-masing dan pemberian cenderahati kepada pelajar-pelajar. Poster-poster setiap calon dengan gaya masing-masing juga ditampal di setiap ruang sudut kuliyyah dan Mahallah. Dipendekkan cerita akhirnya Zulhilmi dan K Farah Atiqah telah memenangi SRC election untuk kuliyyah Farmasi. Maka dengan rasminya wjudlah seorang YB dari Rx10 iaitu saudara Zulhilmi dengan moto beliau "work with me, not for me". Tahniah!
3. Program faci bersama adik-adik
Secara jujurnya ini bukanlah program batch, tapi memandangakan semua faci adalah di kalangan pelajar Rx10, maka secara tidak rasminya jadilah ia seakan-akan program Rx10. Ringkasnya program ini dianjurkan oleh biro edu IPHA diketuai oleh saudara Acap Nor (bukan nama dalam ic) dan dibantu dengan team faci dari RX10. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dari Sek. Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah. Nak detail lagi maka beralihlah ke post ini.
4. Picnic to Sg. Panching
credit to safiga for the pic |
Sebagai maklumat awal, program ini hanyalah melibatkan sister sahaja di atas sebab menuntut kekecewaan kami tidak dijemput bercuti ke Pulau Perhentian sebab-sebab yang tertentu . Siapa kata Kuantan tak banyak tempat menarik (rasanya xde siapa yang cakap pun..)? Untuk membuang stress belajar dan kelas 24 jam, kami tidak mengambil SSRI sebagai antidepressant untuk mengelakkan adverse side effects. Tetapi kami, sister Rx10, mengambil pendekatan semulajadi dengan menikmati pemandangan di Sg Panching pada 13 Oktober 2012. Perancang utama program iaitu saudari Dafnie (bukan ejaan sebenar) dengan semangat yg membara mengajak kami para-para zombi bakal farmasi wanita untuk menikmati udara segar di Sg. Panching dan siap membekalkan roti canai Pak Lah sebagai salah satu tarikan. Memang tak dinafikan the scenery is flawless and priceless..Subhanallah.
Ini sahaja event2 yang dapat dikongsikan yang di dalam kotak fikiran penulis kali ini. Memandangkan panjang post ini mengalahkan panjang long essay kuiz pharm Anal penulis baru-baru ini, maka ingin sekali saya menutup post ini dengan berkongsi upcoming events yang melibatkan Rx10 yang di dalam bidang pengetahuan penulis sahaja..
1. Nuclear visit next monday
2. IPHA race..next week
3. Mentor mentee program
4. The most interesting event..kuiz2 dan final exam:)
Semoga dengan event2 yang menjelang dapat lagi mengeratkan ukhuwwah kita semua sesama batch, dengan batch2 lain dan dengan kuliyyah lain. Btw selamat meneruskan cuti n Happy upcoming Eid Adha dear friends.wassalam...:)
~ together we rock the world..~
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete