Sunday, June 21, 2015

Kawan yang Baik


By: Mohammad Zaki
-RX10 "Punchline"-

Assalamualaikum semua.  Apa khabar? Keluarga semua apa khabar? Semoga ALLAH sentiasa beri perlindungan dan rahmatNYA untuk sahabat semua dan keluarga.




Masa malam AGD final yang lepas, saya duduk semeja dgn org org yg lagi hebat dari saya. Diorang lagi hebat dari saya sebab diorang dah beberapa langkah kehadapan dalam kehidupan berbanding saya. Ada yg dah berkahwin dan ada yg dah bekerja tetap. Saya pulak hanya jem kreng… Jem kreng ni bukan sejenis jem yang disapu atas roti… Saya tak pasti apa maksud dia… Tapi rasanya macam tak boleh dipakai lah lebih kurang mcm tu…

Rasa risau jugak bila duduk dgn diorang, tapi Alhamdulillah, boleh jugak nak masuk dan sembang buat lawak semua dgn diorang. Tak ingat pulak punchline apa cakap malam tu… Hm… Mcm tak buat je… Tapi percayalah saya…  Ada imej diorang semua tersenyum dan ketawa dalam memori saya. Yg punchline tadi tu, korang lupakan dulu… Hm… (Cuba untuk meyakinkan…)

Ada satu masa tu, tinggal saya dgn Bro Shazmin, suami kpd Iejan, dkt meja. Yang lain pergi ambik makanan. Sisters semua kena contohi Iejan. Suami datang jauh jauh, dia tolong ambikkan makanan. Cuma dia tak suap je… Kalau diberi peluang nak suapkan, rasanya dia suapkan jugak (Statement ini hanya statement gurauan semata… Minta maaf iejan… Tapi yg bagus yg ambikkan makanan tu saya betul betul maksudkan).

Ha, cuba teka siapa yg ambikkan makanan untuk saya? Saya tak pasti org tu comel ke tak tapi orgnya suka minum teh ais, pernah jadi mafia masa presentation, suka makan nasi, sokmo dtg kelas lambat, kalau buat punchline kemungkinan besar krik krik dan lain lain. Ya, jawapannya…  Saya sendiri… (kalau korang ada lagu sedih, kena tinggal, atau tema tema yang seangkatan dengannya boleh pasang skrg). Tapi saya pun tak sure apasal saya lambat gi ambik makanan masa tu. Mungkin taknak berebut dgn org lain… Hm…

Cuba teka apa yg terjadi masa kami berdua dkt meja tu? Kebaboom!! Ten ten ten… Tak jadi apa pun… Semasa kami berdua di meja tu, kami sempat berbual sementara menunggu orang lain untuk dtg semula ke meja.  Saya sangat respect Bro Shazmin sbb cara dia cakap rileks, cool dan sentiasa tersenyum. Bro Shazmin ada beritahu saya satu point penting yang in shaa ALLAH saya simpan sampai bila bila.

Saya sampaikan ikut apa yang saya faham dan ingat. Bro Shazmin kata yang dia ada dgr jugak cerita dari isterinya dan dia rasa batch Rx10 ni bagus dan nampak hubungan rapat. Lantas, saya mengiyakan apa yang Bro Shazmin kata tadi. Bro Shazmin sambung lagi dgn mengatakan seperti berikut (saya tak ingat kata kata dia macam mana, tapi ni saya tulis dgn ayat saya sendiri dkt perenggan lain supaya nak nampak macam style skit):

"Kat dunia pekerjaan nanti, tak ramai org yg boleh dijadikan sebagai kawan… Hargailah kawan kawan yang awak jumpa kat sini sbb kawan kawan awak kat sini adalah kawan kawan yang baik. Kawan yang awak jumpa skrg dkt universiti ni adalah kawan yang baik."

Saya terpukul seketika… Saya setuju dgn apa yg dikatakan Bro Shazmin tadi… Masa saya buat attachment dkt Hospital XX tahun lepas, environment kerja dia tak berapa elok… (teknik imbasan kembali…) Meskipun diorang sama sama kerja dibawah unit farmasi, masih terdapat kelompok kelompok antara diorang… Saya dgn ashwad (teman seattachment) pun risau jugak bila tgk… Saya merenung jauh… Ashwad geleng kepala… Naik motor pun dia pakai helmet. (Tapi naik motor memang kena pakai helmet, saja saya tulis nak nampak dramatic skit).

Ada yang menggunakan perkataan menyakiti orang… Ada yang cakap belakang… Ada juga PRP yang diboikot oleh FRP sbb PRP itu dikatakan tak pandai… FRP marah PRP secara melulu pun ada…Tapi dkt kami yakni pelajar yang buat attachment, diorang layan baik je… Mungkin PRP diorang tegas skit…

Jadi berbalik semula kpd pesanan Bro Shazmin tadi… Itulah yang saya nak sampaikan.
Saya setuju dgn Bro Shazmin… Bila kita dah keluar nanti ke alam pekerjaan… Dunia sana adalah dunia yang kompetitif… Kebanyakkan orang hanya fikir ttg diri masing masing… Tak ramai yang akan fikir tentang kita. Jadi tak ramai org yg boleh dijadikan kawan apatah lagi sahabat.

Saya tak tahu ttg pendapat sahabat semua, tapi saya sgt bersyukur kpd ALLAH sbb ALLAH beri saya sahabat yg saya boleh tanya bila bila masa, tak berkira walaupun susah, utamakan kawan dari diri sendiri, boleh memberi nasihat yg membina, menyokong dgn bagi bintang bila buat punchline walaupun krik krik… Dan lain lain lagi… Saya selalu tersenyum dan ketawa bila berada dgn sahabat-sahabat saya ni. Walaupun sekejap bersama, tapi sgt bermakna.

Sahabat saya tu ialah… Hm… Takpelah… Kang sebut korang bangga pulak… Bukan boleh puji skit… Tahap zero order kinetics… Skit je tambah, naiknya pergh… Berkali ganda… Hehe… Gurau gurau…

Ok… Mungkin sampai situ saja perkongsian saya kali ni… Sblm terlambat, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kpd sahabat semua. Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk, rahmat dan keampunanNYA kpd kita semua dan menerima semua amalan yang kita lakukan, khususnya pada bulan Ramadhan yg penuh ganjaran ini. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yg bertaqwa selepas Ramadhan kali ini berakhir dan di dunia dan akhirat, selaras dgn ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”

Dan jugak org org yg bertaqwa ni banyak keiistimewaan. Antara keiistimewaannya ialah diorang terus bersahabat di dunia dan akhirat sepertimana yang ALLAH firmankan dalam Surah Az-Zukhruf ayat 67:

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa”



Ok… Sampai disitu saja perkongsian saya kali ini. Nantikan lagi post yg akan dtg jika ada kesempatan in shaa ALLAH : )

Terima kasih banyak sahabatku RX10!


(Note: Kalau korang ada pasang lagu sedih yg tadi tu, boleh off dah kot… Hehe…)