Friday, January 18, 2013

it's semester break


Bismillah~

It's starting!! Our semester break is finally begin!! (oops..sebenarnya sudah hampir seminggu bermula) Setelah bertungkus lumus melalui pelbagai cabaran fizikal, mental, emosi dan segala bagai, akhirnya para2 drug experts Rx10 telah bejaya menghabiskan semester pertama untuk 2nd year dengan wajah gembira ^.^.As usual, sebelum memori untuk semester ini terpadam dari ingatan, adalah lebih baik andaikata memori itu ditulis supaya memori2 yang terukir tetap segar di ingatan meskipun kita semua berpisah kelak..sob2.

Honestly, life after mid break bagi kami pelajar2 Rx10 boleh diibaratkan sebagai "the journey of creating zombies" tapi kerana enggan di label sebagai zombie, kami telah mengaktifkan diri kami agar jiwa zombie tidak subur di hati kami semua. Ok berhenti merepek benda tak berfaedah...and let the stories begin 

1. IPhA Race


IPha Race adalah program tahunan pelajar farmasi yang berpandukan dari program realiti television, explorace. Program ini telah berlangsung pada 3 November 2012 di IIUM Kuantan. Acara ini telah di uruskan oleh Rx10 secara majoritinya dan dibantu oleh students dari Rx lain juga. Terdapat 4 kumpulan dari setiap batch dan bagi wakil Rx10, 2 kumpulan dari brothers dan 2 kumpulan dari sisters. Dalam acara ini, setiap kumpulan perlu menghabiskan beberapa check point dan bagi setiap checkpoint, terdapat cabaran2 tertentu yang perlu ditempuhi. Checkpoint yang paling menarik adalah di cafe Talhah di mana peserta dapat merasa resipi terbaru rekaan saudari Uu and the gang iaitu bihun bersama telur mentah/susu pekat/ kordial oren. Pemenang keseluruhan IPhA race digondol oleh wakil dari Rx9.
wakil2 Rx10 bros bersemangat (credit:I-Press)

one of the grp from sister (credit: ainil)

2IIUM Kuantan open day

IIUM Kuantan open day atau dalam bahasa ibunda dipanggil Hari terbuka IIUM Kuantan telah diadakan pada 6-9 Disember 2012 di IIUM Kuantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti forum, talk, games exhibitions dan yang paling best sekali dapat  free makan testing coklat kt chocolate exhibition. Terdapat juga gerai2 yang dibuka di OCD square and gerai yang paling splendid skali adalah gerai student sciences yg offer only RM 5 untuk makan buah-buahan tempatan sampai kenyang. Closing ceremony berlangsung pada Ahad pagi di mana acara kawad dan penyampaian hadiah telah diadakan. Bagi acara kawad, wakil dari kuliyyah farmasi adalah student Rx11 dan mereka telah mendapat tempat kedua dalam acara tersebut.Congrats Rx11!

eat whatever you want with only RM 5!! (credit: I-Press)
Rx 11 berlatih kawad (credit: I-Press)
team gimmick closing dominate by Rx10!

2. Annual General meeting IPhA



Pada 28 November 2012, bertempat di auditorium Kuliyyah Farmasi, Annual Grand Meeting (AGM) IPha telah berlangsung di mana beberapa orang calon dari setiap batch akan bertanding untuk post2 dalam IPhA. Secara tulusnya penulis post ini tidak hadir malam itu (kantoi sudaa) jadi apa-apa kejadian yang ditulis hanyalah berdasarkan cerita rakan sekililing. Selain peralihan jawatan, terdapat juga event lain yang telah diadakan seperti IPhA award, lucky draw dan persembahan dari setiap batch. Alhamdulillah untuk IPhA award, Rx10 telah memenangi pertandingan board terbaik dan program terbaik (Mentor mentee day) dan untuk anugerah pelajar contoh (xtau la btol ke x nama award nie) dari Rx10 telah dirangkul oleh Haziq iaitu class rep kami untuk sem ini dan sem depan. Bagi post2 dalam IPhA, wakil Rx10 saudara/i Hayyie, Nazierah (ini nama sebenar), Zakiah dan Syafiq telah mengekalkan kedudukan mereka dalam IPhA office barriers dan beberapa nama baru telah terpilih untuk memegang amanah dalam IPhA termasuklah saudara Izzureen, Farid dan saudari Mira Adnan. Tahniah kepada yang terpilih. Klik sini untuk full list IPhA office barriers.

4. Others

Perkara-perkara lain ini termasuklah event2 yang melibatkan students Rx10 yang dirancang secara tidak langsung dimana ia tidak memerlukan penghantaran kertas kerja mahupun meeting setiap malam. 

Untuk sisters, di kala menjelang berakhirnya exam, majlis sambutan hari jadi untuk anak2 januari telah diadakan di stadium UIA Kuantan. Pada hari terakhir exam pula, kami semua telah menyambut pengakhiran exam dengan acara tiup dan pecahkan belon menunjukkan tanda kelegaan berzombie selama lebih sebulan.
birthday celebration di stadium (credit; wan amalina)
end of final exam celebration (credit: fb Uu)

Untuk brothers pula, event rasmi yang hanya diketahui oleh penulis di musim exam adalah perkelahan mereka di Sg. Pandan.

boys outing (credit; syafiq)
That's all for today, Sorry for the long post and so sorry for all the copying pictures dari fb2 anda. Happy Holiday everyone. Di kala bercuti jangan lupa beli souvenir untuk yang di rumah. Bagi yang di rumah, janganlah hanya melekat di hadapan mukabuku mahupun twitter tetapi tolonglah parents anda memasak, membasuh dan berkebun (reminder to myself also). Once again HAPPY HOLIDAY Rx10!!