<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/KK-bcgaLEnw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
ni utk sapa yg still noobs..
Thursday, April 25, 2013
Monday, February 11, 2013
reminder of the week: Interbatch
Info: In sha Allah starting from this semester onward, every tazkirah that was given in the class will be posted on this blog as a reminder for us as a human who are undeniably a forgetful creature.
For this week tazkirah, it was given by Siti Hajar on Friday at 10.15 am (as said by Hajar) entitled Interbatch. Since the tazkirah was given in Malay, thus, it is better to post it in Malay language to give a better understanding and easier to read and write:)
Bismillah~
Seperti yang kita semua tahu Interbatch is just around the corner!!! As usual di kala musim ini lah, kesihatan student2 farmasi mencapai tahap yang sangat baik atau bak kata omputeh, "excellent" memandangkan tiap-tiap petang, masing-masing akan turun bersukan tanpa mempedulikan seruan katil mahupun kepenatan lab di petang hari (satu hari je pun last week..). Tidak dinafikan melalui latihan sukan ini, ia akan membantu menguatkan stamina dan memantapkan skill-skill kita dari hanya sekadar amateur yang mampu serve bola ke tahap professional yang mampu smash ataupun dari sekadar pemain yang mampu menjaringkan gol dalam kotak penalti sendiri hinggalah ke tahap mampu menjaringkan gol melalui kotak penalti pihak lawan. Namun, adalah lebih indah besukan itu sekiranya ia dapat membantu memberatkan neraca amalan kita di akhirat dengan menjadikannya sebagai ibadah.
So, bagaimana bersukan itu menjadi ibadah??
Menurut Hajar, ada 3 tips untuk jadikan sukan tu as ibadah;
1. Niat
Rasulullah s.a.w. bersabda;
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan.."
Therefore, di ketika hati tengah membara-bara untuk bersukan, jangan lupa selitkan niat bersukan untuk mendapat keredahaan Allah di samping menyihatkan tubuh badan kerana Allah sayang hambaNya yang sihat dan kuat dan niatlah bersukan untuk mengeratkan silaturrahim sesama batch sendiri dan dengan batch2 lain. Mungkin tak perlu niat kuat-kuat macam niat puasa ramai-ramai ketika tarawikh di masjid, tapi cukuplah sekadar di hati dan jangan lupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita sepanjang bersukan:>
2. Doa
Allah s.w.t berfirman;
" Dan berdoalah kepadaku nescaya akan Aku perkenankan permohonanmu"
(al-mu'min:60)
Remember, Allah suka hambaNya meminta kepadaNya kerana menunjukkan tanda penggantungan hambaNya kepadaNya. Jadi, agar sukan kita bukanlah hanya sekadar sukan yang penuh dengan penat dan letih, maka adalah lebih superb kalau setiap kali sebelum kita bersukan, kita berdoa untuk memperoleh keberkatan. Tak perlu doa panjang-panjang pun. Kalau ikutkan belajar zaman sekolah dahulu, baca doa mohon sihat tubuh badan macam dalam ma'thurat tu pun ok.
link |
3. Tawakkal
Allah s.w.t berfirman;
" Maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.." (ali-imran:159)
Setelah berpenat lelah bermandi peluh berlatih setiap petang, maka bertawakallah dan serahkan segalanya kepada Allah. Ingatlah, sesungguhnya Allah tidak lihat hasil kita samaada menang atau kalah, tapi Allah lihat kepada usaha kita. Apa jua keputusan yang bakal berlaku, maka terimalah dengan hati yang redha dan tenang.
Akhir kata, pesanan dari Hajar, sokonglah kawan-kawan kita yang akan bermain nanti walaupun anda tidak menyertai dan janganlah melemahkan semangat sahabat2 kita. Semoga berjaya Rx10!!
by Siti Hajar Borham
~where winning or losing is second to striving~ (interbatch 2013)
Friday, January 18, 2013
it's semester break
Bismillah~
It's starting!! Our semester break is finally begin!! (oops..sebenarnya sudah hampir seminggu bermula) Setelah bertungkus lumus melalui pelbagai cabaran fizikal, mental, emosi dan segala bagai, akhirnya para2 drug experts Rx10 telah bejaya menghabiskan semester pertama untuk 2nd year dengan wajah gembira ^.^.As usual, sebelum memori untuk semester ini terpadam dari ingatan, adalah lebih baik andaikata memori itu ditulis supaya memori2 yang terukir tetap segar di ingatan meskipun kita semua berpisah kelak..sob2.
Honestly, life after mid break bagi kami pelajar2 Rx10 boleh diibaratkan sebagai "the journey of creating zombies" tapi kerana enggan di label sebagai zombie, kami telah mengaktifkan diri kami agar jiwa zombie tidak subur di hati kami semua. Ok berhenti merepek benda tak berfaedah...and let the stories begin
1. IPhA Race
IPha Race adalah program tahunan pelajar farmasi yang berpandukan dari program realiti television, explorace. Program ini telah berlangsung pada 3 November 2012 di IIUM Kuantan. Acara ini telah di uruskan oleh Rx10 secara majoritinya dan dibantu oleh students dari Rx lain juga. Terdapat 4 kumpulan dari setiap batch dan bagi wakil Rx10, 2 kumpulan dari brothers dan 2 kumpulan dari sisters. Dalam acara ini, setiap kumpulan perlu menghabiskan beberapa check point dan bagi setiap checkpoint, terdapat cabaran2 tertentu yang perlu ditempuhi. Checkpoint yang paling menarik adalah di cafe Talhah di mana peserta dapat merasa resipi terbaru rekaan saudari Uu and the gang iaitu bihun bersama telur mentah/susu pekat/ kordial oren. Pemenang keseluruhan IPhA race digondol oleh wakil dari Rx9.
wakil2 Rx10 bros bersemangat (credit:I-Press) |
one of the grp from sister (credit: ainil) |
2. IIUM Kuantan open day
IIUM Kuantan open day atau dalam bahasa ibunda dipanggil Hari terbuka IIUM Kuantan telah diadakan pada 6-9 Disember 2012 di IIUM Kuantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti forum, talk, games exhibitions dan yang paling best sekali dapat free makan testing coklat kt chocolate exhibition. Terdapat juga gerai2 yang dibuka di OCD square and gerai yang paling splendid skali adalah gerai student sciences yg offer only RM 5 untuk makan buah-buahan tempatan sampai kenyang. Closing ceremony berlangsung pada Ahad pagi di mana acara kawad dan penyampaian hadiah telah diadakan. Bagi acara kawad, wakil dari kuliyyah farmasi adalah student Rx11 dan mereka telah mendapat tempat kedua dalam acara tersebut.Congrats Rx11!
eat whatever you want with only RM 5!! (credit: I-Press) |
Rx 11 berlatih kawad (credit: I-Press) |
team gimmick closing dominate by Rx10! |
2. Annual General meeting IPhA
Pada 28 November 2012, bertempat di auditorium Kuliyyah Farmasi, Annual Grand Meeting (AGM) IPha telah berlangsung di mana beberapa orang calon dari setiap batch akan bertanding untuk post2 dalam IPhA. Secara tulusnya penulis post ini tidak hadir malam itu (kantoi sudaa) jadi apa-apa kejadian yang ditulis hanyalah berdasarkan cerita rakan sekililing. Selain peralihan jawatan, terdapat juga event lain yang telah diadakan seperti IPhA award, lucky draw dan persembahan dari setiap batch. Alhamdulillah untuk IPhA award, Rx10 telah memenangi pertandingan board terbaik dan program terbaik (Mentor mentee day) dan untuk anugerah pelajar contoh (xtau la btol ke x nama award nie) dari Rx10 telah dirangkul oleh Haziq iaitu class rep kami untuk sem ini dan sem depan. Bagi post2 dalam IPhA, wakil Rx10 saudara/i Hayyie, Nazierah (ini nama sebenar), Zakiah dan Syafiq telah mengekalkan kedudukan mereka dalam IPhA office barriers dan beberapa nama baru telah terpilih untuk memegang amanah dalam IPhA termasuklah saudara Izzureen, Farid dan saudari Mira Adnan. Tahniah kepada yang terpilih. Klik sini untuk full list IPhA office barriers.
4. Others
Perkara-perkara lain ini termasuklah event2 yang melibatkan students Rx10 yang dirancang secara tidak langsung dimana ia tidak memerlukan penghantaran kertas kerja mahupun meeting setiap malam.
Untuk sisters, di kala menjelang berakhirnya exam, majlis sambutan hari jadi untuk anak2 januari telah diadakan di stadium UIA Kuantan. Pada hari terakhir exam pula, kami semua telah menyambut pengakhiran exam dengan acara tiup dan pecahkan belon menunjukkan tanda kelegaan berzombie selama lebih sebulan.
birthday celebration di stadium (credit; wan amalina) |
end of final exam celebration (credit: fb Uu) |
Untuk brothers pula, event rasmi yang hanya diketahui oleh penulis di musim exam adalah perkelahan mereka di Sg. Pandan.
boys outing (credit; syafiq) |
That's all for today, Sorry for the long post and so sorry for all the copying pictures dari fb2 anda. Happy Holiday everyone. Di kala bercuti jangan lupa beli souvenir untuk yang di rumah. Bagi yang di rumah, janganlah hanya melekat di hadapan mukabuku mahupun twitter tetapi tolonglah parents anda memasak, membasuh dan berkebun (reminder to myself also). Once again HAPPY HOLIDAY Rx10!!
Subscribe to:
Posts (Atom)