Monday, March 24, 2014

Ada apa dengan Mamak??

by Fazilah (RX10 Bolywood)


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Vanakkam. Eh?

Pertama nya, Z nak ucapkan terima kasih banyak2 la sbb diberi peluang untuk menghasilkan sedikit coretan dalam blog rx10 kita ni. (dah mcm bg ucapan pulak) :D

Ok.. Z straight to the point la. Kali ni Z nak cerita sesuatu yg mungkin ramai yg dah tahu, dan mungkin juga ada yg x tahu. Berapa ramai yg tahu Z ni bukan Melayu? Berapa ramai yg tahu Z ni India Muslim ataupun nama glamor nya MAMAK. *wink2



Nak habaq mai kt hampa semua, dulu Z malu sgt nak mengaku diri ini mamak. Suka belagak spt org melayu. Masa sekolah dulu kalau mak ayah dtg, Z pesan kt dorang jgn ckp tamil (jahat kan L). Tapi skrg lain pulak cerita die. Skrg ni Z x kisah pun kalau orang tahu Z ni mamak malahan rasa bangga dgn keturunan sendiri. ececeh

Mesti ramai yg x tahu what it feels to be an Indian Muslim kan. So Z nk cerita sikit je. Untuk pengetahuan korang semua, bahasa ibunda kami ialah TAMIL. (Z pn tahu ckp tamil taw). Kitorang ni sgt conservative dan dipenuhi dgn adat2 (maybe influenced by Indian culture). Contoh nya, kalau lepas kawin, (untuk girls) kene tinggal sekali dgn mak mertua. Kalau duduk asing, nnt dituduh menantu jahat yg bawak anak lelaki die keluar rumah sejurus selepas kahwin. :0

Tp sebenarnye ade je kebaikan di sebalik ‘pegangan’ ni. Kan lebih indah dan bahagia bila duduk dgn keluarga, rather than berdua je kt rumah (ni cte lps kahwin ok). Betul x? :D

Lagi satu, kalau nak kahwin, mmg x la cari calon sendiri. Kene kahwin ikot pilihan mak ayah. Kira nya xde la kahwin atas dasar cinta. Tapi ni cerita dulu2, skrg ramai parents yg open-minded and boleh terima apabila anak mereka cari calon sendiri. *ops, lupe nk ckp, this applies only to girls* ^^

The best part of being a mamak is when u go to weddings!!!! Terrrbaikk!  Kalau g wedding mamak, memang meriah sgt2 uols. Mcm korang tgk cerita Bollywood tu. ;) kt sini la korang boleh tgk baju liplap liplap kilat2 shining2 warne striking habih. Wanita la yg paling bergaya, dgn SAREE and baju Punjabi *SAREE sgt CANTIK ok* Woohooo.  Kalau dah dress up tip top, kene la gayakan dgn brg kemas. Jewellerie tu bende yg sgt2 penting okay. Gelang emas tu kalau boleh depa nak pakai sampai ke siku. Nak tunjuk la konon yg die ade banyak tu. (ish3 x baik menunjuk2). Belum cerita lagi bangles yg matching dgn baju, rantai yg sepadan, earing yg sepadan dan banyak lagiii.. heee. Kalau nak compare dgn kite g wedding melayu, mmg jauh beza la kemeriahan wedding mamak ni. ^^

Haaa.. lupe nak habaq, makanan wajib org mamak bile kenduri ape2 mesti lah KAMBING! Dan ianya mesti lah KARI kambing. Well, kari dgn indian mmg x boleh dipisahkan. Betul x? :D 


Menu standard kenduri kawin: nasi beriani, kari kambing, ayam sambal/goreng, dalca, acar. Selalu nya dorang akan bagi laddoo as dessert as well as door gift. Siape yg tgk Kabhi Kushi Kabhi Gham, mesti tawu laddoo tu mcm mana. :D Kalau ade yg x tawu laddoo tu mcm mana, ni haaa gmbr die. Rasa nya manissss. Yelah, nama pn manisan kan. Hewhew. Ada jugak yg bagi manisan lain seperti jelebi (yg ni favorite Z), dan mcm2 lagi la. 

 Ni laa laddoo 

Dah siap packing, letak kt meja ^^
Ni jelebi

Ni jelebi banyak3 *droooolling

Eh, jap. Kenapa cakap pasal kawin je nii. Hahaha. Kalau korang nk alami sendiri ape yg Z cerita ni, kene tunggu wedding Z la. EHH?
Okay, dah cukup kot Z cerita. For further details, contact me. Hehe.
MIKKA NANDRI *roommate Z tahu maksud ni*   


Saturday, March 15, 2014

SINCERITY

by Luqman Rosli (Rx10 Secretary)



Maksud : 
Melakukan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah.


1. Keikhlasan dalam beramal 
Doa dari Rabiatul Adawiyah:
'Ya Allah, sekiranya aku beramal untuk masuk syurga,
maka jauhkanlah daku dari syurga mu,
Ya Allah sekiranya aku beramal untuk menjauhi neraka
maka campakkanlah daku ke dalam neraka mu'
this signifies keutamaan ikhlas dalam beramal tu adalah untuk mencari keredhaan Allah. kadang2 sesetengah orang mengutamakan niat beramal itu untuk masuk syurga. Tak salah tapi kita kena beri keutamaan untuk mencari keredhaan Allah.

2. Keikhlasan dalam memberi
Pepatah Inggeris menyatakan:

Kurangnya pepatah inggeris ni adalah nilai keikhlasan.
Contohnya meluangkan masa untuk mencari ilmu. Sedekah.
Kalau perasan, bila kita ikhlas dalam apa jua keadaan kita rasa loosen sikit. Beban yang berat rasa terlepas dari bahu.
So ikhlaskanlah hati dalam beribadah, memberi dan segala apa perkara yang kita buat. 

KERANA ALLAH

Sekian :-)

Friday, March 14, 2014

Doa untuk aku


by Amira Syarina (RX10 Academic)                                                                                                                                                                                                                                                 

Saat diberi kepercayaan untuk menyumbang dalam blog ini, sungguh, hati tidak tahu apa yang ingin ditulis..alhamdulillah, hati digerakkan untuk membelek kembali buku bertajuk “Hidup penuh cinta”..sungguh, kisah ini antara kisah yang menyentuh hati..diubah suai serba sedikit, semoga bermanfaat buat teman-teman, in shaa Allah.. terimalah





Pada waktu rehat, teman-teman semuanya keluar makan, aku bersendirian, masih duduk di meja kerja. Aku bersandar ke kerusi, dan menutup mata. Aku membayangkan ada tangan kasar yang memegang pundak sebelah kiriku dengan lembut. Aku berpaling ke belakang. Dahiku berkerut pabila melihat ada seorang tua berjanggut putih tersenyum nipis. Perlahan-lahan tangannya lucut daripada bahuku.
         
   “Arahkan saya berdoa,” kata lelaki tua itu

             Aku diam.

            “Saya boleh memberikan kamu doa,” kata lelaki tua itu lagi.

            Aku  masih diam.

            Lelaki tua itu menjongketkan kening.

            Aku menggaru kepala. “Doa yang bagaimana?”

            Lelaki tua itu tersenyum.  Masih dengan wajah yang meredupkan hati. “Doa berkenaan kebaikan dan kesejahteraan kamu.”

            “ Tapi mengapa pakcik yang perlu berdoa untuk saya?”

            “ Kerana doa kamu kosong.”

            Lalu aku mengerut dahi. Aku meneliti lelaki tua di hadapanku, daripada kaki hingga ke hujung rambut. Mengapa lelaki ini menuduh doaku kosong?

            “Pakcik ini siapa?” tanyaku lanjut.

            “ kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu. Saya sudah tua kerana tidak diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lantas, kulit saya yang tegang menjadi kecut, rambut yg hitam kini memutih, tubuh yang lincah dahulu perlahan-lahan menjadi renta dan saya yang sihat kini sakit,” orang tua itu berkata sambil mengangguk-angguk.

            “Tapi saya tidak berjanggut,” kataku sambil mengusap dagu.

            “Eh, maaf. Saya berlebih-lebih pula,” kata lelaki tua itu, lalu janggut putihnya pun hilang serta-merta.
            Aku diam. Kerut pada dahi sudah dibasahi peluh.

            “Tolong arahkan saya berdoa untuk kamu,” rayu lelaki tua itu lagi.

            Aku diam. Sedetik kemudian aku berkata, “ andai kamu jiwa saya, mengapa kamu tidak berdoa sahaja? Mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?”

            “Seperti yang saya beritahu tadi, saya adalah jiwa kamu yang lelah, lapar dan tua. Kamu memang ada berdoa, namun kamu tidak berdoa melalui saya. Doa kamu hanya pada lidah. Hanya lidah yang diarahkan untuk berdoa, bukan saya. Kamu tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong. Tiada rintihan, tidak bersungguh, tiada keikhlasan. Saya mohon kamu berdoa melalui saya. Memohon dan meminta kepadaNya. Sekiranya tidak, pasti saya akan mati. Jangan hanya melalui lidah. Saya sudah tidak mampu bertahan lagi,” terang lelaki tua itu. Tangannya diletakkan di kedua-dua bahuku.

            Aku diam.

            Aku membuka mata, lalu memandang sekeliling. Lelaki tua itu sudah tiada. Kedengaran di radio, pengumuman telah masuknya waktu zuhur bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Aku pasti, lelaki tua itu berharap aku mengarahkannya untuk berdoa.

Ambillah masa sedikit sahabat-sahabat, untuk berdoa.. Benar, Dia maha mendengar..
                                            


Apa yang didoakan, pastinya perkara yang terbaik. Kita inginkan kesabaran dalam menuntut ilmu, kejayaan dalam peperiksaan, kebahagiaan dalam hidup, itu dan ini. Namun, adakah Dia akan memberikan terus kesabaran, kejayaan, kebahagiaan dan sebagainya? Tidak semua hambaNya terus mendapat apa yang diinginkan. Ada yang diuji terlebih dahulu. Andai diuji, jangan cepat mengalah, jangan berputus asa kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara.


Mudahnya, kita adalah hamba kepadaNya, dan sebagai hamba, kita perlu berbuat selayaknya sebagai seorang hamba, patuh dan terima apa yang Dia takdirkan untuk kita. Tetapi sebelum takdir itu tiba, kita jangan mendahului takdir kita. Dia mahu kita terus berusaha, tidak mahu kita hilang harapan.. dan sebagai hambaNya… KITA JANGAN SESEKALI MENDAHULUI KERJA TUHAN..